Monday, March 03, 2008

PTK 3 after finishing Masters / MRCP / MRCPCH etc

This is the new circular from ministry, just reproducing for those who may not have seen it.

NILAI TARAF KELAYAKAN SARJANA KEPAKARAN BAGI PEGAWAI PERUBATAN (KLINIKAL) DAN PEGAWAI PERGIGIAN (KLINIKAL) DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Dimaklumkan bahawa Lembaga Penilaian Kompetensi Perkhidmatan Awam (LPKPA) yang bersidang pada 5 Oktober 2007 telah meluluskan permohonan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menilai taraf Ijazah Sarjana Kepakaran Pegawai Perubatan (Klinikal) dan Pegawai Pergigian (Klinikal) sebagai setaraf dengan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Keputusan mengenai nilai taraf tersebut adalah seperti berikut :

2.1 Pegawai yang melepasi Peringkat 1 Program Sarjana Perubatan (Klinikal) dan Pergigian (Klinikal) dinilai taraf dengan peperiksaan PTK bagi TK1 pada Aras III (Komponen Umum dan Khusus);

2.2 Pegawai yang berjaya di dalam Program Sarjana Kepakaran Perubatan (Klinikal) dan Pergigian (Klinikal) dinilai taraf dengan PTK bagi TK3 pada Aras III (Komponen Umum dan Khusus); dan

2.3 Keputusan ini juga terpakai kepada pegawai yang mengikuti Program Sarjana Kepakaran Perubatan (Klinikal) dan Pergigian (Klinikal) sebelum (Sistem Saraan Baru – SSB) dan semasa Sistem Saraan Malaysia (SSM) dilaksanakan. Pegawai berkenaan boleh dipertimbangkan kenaikan pangkat ke Gred U48 tanpa perlu mengikuti dan melepasi komponen Umum TK3 seperti yang disyaratkan sebelum ini.

No comments: